KONSEP HUBUNGAN ETNIK
a. Konsep Masyarakat
Memahami hakikat bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Manusia juga perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat yang lain.
b. Konsep Budaya
Dapat membina imej ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan keduanya memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusian spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Maka manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
c. Konsep Integrasi
Proses menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan perbezaan identiti. Ini merujuk kepada proses penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia digambarkan oleh perasaan dipunyai dan mempunyai antara ahli-ahli masyarakat yang didasari oleh ikatan batin dan perasaan.
d. Konsep Penyatupaduan
Satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai budaya masing-masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus tetapi yang dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini. Pengalamam penjajahan telah memperkenalkan suatu bentuk ilmu iaitu ilmu kolonial yang telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai etnik.
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasuk aspek politik, ekonomi dan sosial maka, kayu ukur hubungan antara kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi turas utama. Dalam konteks negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kestabilan negara semakin pulih .
Banyak perancangan dibuat dan dilaksanakan. Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama ialah merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Di samping itu, merupakan hubungan antara masyarakat di Sabah serta Sarawak.
Rukun negara turut diperkenalkan iaitu merupakan ideologi kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada dalam negara dan merupakan teras serta tiang negara. Di samping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk menjamin kestabilan negara. Antaranya, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan,Satu Parti Majoriti mentadbir Negara dan Dasar Kebudayaan.
Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu lebih berusaha ke arah itu, tetapi perkara yang lebih besar ialah gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan dan kesatuan perlu menyedari kepentingan perpaduan. Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk mengukuhkan pentabiran negara.
Rujukan: su ana
Diterbitkan pada: Mac 28, 2018
Diterbitkan di: Education
