Pada tahun 1969, wujudnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menangani masalah-masalah yang timbul akibat Tragedi 13 Mei 1969.
Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dan ahli-ahli yang terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd.Jewa, Tan Sri Mohammad Salleh, Leftenan Dato' Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.
Peranan MAGERAN:
i: Mengawal ketenteraman
ii. Memastikan kelicinan pentadbiran negara
iii. Mengawal keadaan harmoni dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat
2 masalah yang perlu diselesaikan : - masalah perpaduan kaum
- ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
Pada tahun 1970, Majlis Perudingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan. Selaras dengan itu, wujudnya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telahpun dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971. Dasar-dasar penting ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.
Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN yang bertujuan untuk memberi penekanan kepada matlamat supaya dapat mewujudakan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil dan liberal. Rukun Negara juga wujud sebagai panduan dalam pembinaan bangsa.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk pada tahun 1971 yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi dan mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB telah memberi banyak tumpuan kepada golongan pekebun kecil, petani, nelayan dan pesawah. Antara perancangan yang dibuat adalah:
a) Menyediakan kemudahan sosial seperti klinik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah.
b) Rancangan pembukaan tanah baru untuk menjalankan kegiatan pertanian moden.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan supaya dapat memberi kelengkapan menangkap ikan yang lebih berguna.
Kesimpulannya, penubuhan MAGERAN telah memberi sumbangan yang besar dalam memulihkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Rujukan: Unknown
17 September 2015
No comments:
Post a Comment