Sunday, October 11, 2020

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 KONSEP HUBUNGAN ETNIK 

a. Konsep Masyarakat

    Memahami hakikat bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Manusia juga perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat yang lain.

b. Konsep Budaya

    Dapat membina imej ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan keduanya memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusian spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Maka manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

c. Konsep Integrasi

    Proses menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan perbezaan identiti. Ini merujuk kepada proses penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia digambarkan oleh perasaan dipunyai dan mempunyai antara ahli-ahli masyarakat yang didasari oleh ikatan batin dan perasaan.

d. Konsep Penyatupaduan 

    Satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai budaya masing-masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus tetapi yang dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini. Pengalamam penjajahan telah memperkenalkan suatu bentuk ilmu iaitu ilmu kolonial yang telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai etnik.

 

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

    Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasuk aspek politik, ekonomi dan sosial maka, kayu ukur hubungan antara kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi turas utama. Dalam konteks negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kestabilan negara semakin pulih .

    Banyak perancangan dibuat dan dilaksanakan. Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama ialah  merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Di samping itu, merupakan hubungan antara masyarakat di Sabah serta Sarawak.

    Rukun negara turut diperkenalkan iaitu merupakan ideologi kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada dalam negara dan merupakan teras serta tiang negara. Di samping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk menjamin kestabilan negara. Antaranya, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan,Satu Parti Majoriti mentadbir Negara dan Dasar Kebudayaan.

    Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu lebih berusaha ke arah itu, tetapi perkara yang lebih besar ialah gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan dan kesatuan perlu menyedari kepentingan perpaduan. Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk mengukuhkan pentabiran negara. 


Rujukan: su ana 

Diterbitkan pada: Mac 28, 2018

Diterbitkan di: Education

Monday, October 5, 2020

KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

                                                                 Sumber: Wikipedia
   

    Pada tahun 1969, wujudnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menangani masalah-masalah yang timbul akibat Tragedi 13 Mei 1969.

    Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dan ahli-ahli yang terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd.Jewa, Tan Sri Mohammad Salleh, Leftenan Dato' Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.

Peranan MAGERAN: 

i: Mengawal ketenteraman

ii. Memastikan kelicinan pentadbiran negara

iii. Mengawal keadaan harmoni dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat 


2 masalah yang perlu diselesaikan : - masalah perpaduan kaum

                                  - ketidakseimbangan ekonomi antara kaum

    Pada tahun 1970, Majlis Perudingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan. Selaras dengan itu, wujudnya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telahpun dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971. Dasar-dasar penting ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

    Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN yang bertujuan untuk memberi penekanan kepada matlamat supaya dapat mewujudakan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil dan liberal. Rukun Negara juga wujud sebagai panduan dalam pembinaan bangsa.

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk pada tahun 1971 yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi dan mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB telah memberi banyak tumpuan kepada golongan pekebun kecil, petani, nelayan dan pesawah. Antara perancangan yang dibuat adalah:

    a) Menyediakan kemudahan sosial seperti klinik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah.

    b) Rancangan pembukaan tanah baru untuk menjalankan kegiatan pertanian moden.

    c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan supaya dapat memberi kelengkapan menangkap ikan yang lebih berguna.

    Kesimpulannya, penubuhan MAGERAN telah memberi sumbangan yang besar dalam memulihkan perpaduan dalam kalangan rakyat.


Rujukan: Unknown 

         17 September 2015

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  KONSEP HUBUNGAN ETNIK  a. Konsep Masyarakat      Memahami hakikat bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain tetapi untuk h...