ETNIK
DI MALAYSIA (PROSES PENYATUPADUAN)
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik hitam
yang telah yang telah mencatat keamanan dan keharmonian berbilang kaum di
negara kita ini. Tiada siapa dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar
menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walaubagaimanapun, perpecahan kaum ini
wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum
lain terhadap hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai Bahasa dan pelajaran.
Rentetan daripada tidakepuasan hati itu,
maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu
diperkenalkan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di
dalam kempen pilihan raya 1969. Tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang
boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar
hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153
Perlembagaan Malaysia. Keadaan Kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca
tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang
tidak harmonis antara kaum dalam negara khususnya antara masyarakat Melayu dan
Cina yang mendominasi majoriti kaum di Malaysia.
PROSES PENYATUPADUAN
Proses penyatupaduan di Malaysia boleh dilihat berdasarkan model kontrak diantara kumpulan etnik yang berbeza. Hubungan ini dapat dilihat melalui darjah kedekatan yang bermula dari hubungan yang terpisah sehinggalah hubungan yang terbentuk dengan baik. Segregasi dan intergrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Segregrasi perlu dielakkan sebaiknya berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat khusunya rakyat Malaysia. Segregrasi berlaku adalah daripada implikasi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut sesebuah etnik di Tanah Melayu pada masa dahulu.
Di Malaysia, konsep integrasi memberi tahap maksud yang berbeza. Pertama ialah akomodasi. Akomodasi ialah proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Seterusnya ialah akulturasi. Akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Di samping itu, ialah asimilasi. Asimilasi ialah proses pencantuman atau penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Terakhir sekali ialah amalgamasi. Amalgamasi merupakan proses atau budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras baru. Cara utama untuk menentukan proses amalgamasi ialah berkahwinan campur antara etnik.
PERPADUAN NASIONAL
Merujuk kepada penyatuan berbagai bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Dalam usaha mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri. Proses perpaduan kaum di kalangan penduduk negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing. Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing. Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, proses perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.
PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa ini sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi kerana merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya, kesan pendudukan Jepun.
Rujukan : su ana
Diterbitkan pada: Mar 28, 2018
Diterbitkan di: Education

No comments:
Post a Comment